Yang Tak Menghargai

Yang paling menyedihkan dalam hidup adalah menemukan seseorang dan jatuh cinta, hanya untuk menemukan bahawa
dia bukan untuk kamu dan kamu sudah menghabiskan banyak waktu untuk orang yang tidak pernah menghargainya.

Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti
Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai.
Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita.
tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.

Jumaat, 11 September 2015

Anakku Sayang

Anakku,
Kudoakan agar tiada kesedihan dihatimu,
Walaupun kita serba kekurangan,
Yakinlah Allah sentiasa ada melengkapkan kehidupan,
Tiada yang lebih beharga dari kasih sayang,
Itulah harta yang paling sukar didapatkan..

Anakku,
Janganlah dirisau semua yang mendatang,
Ingatlah Allah dikala kesenangan,
Pasti kau tenang dikala kesusahan..

Puisi ku tarikan untukmu sayang,
Agar kau tahu apakah kehidupan,
Sapulah airmata dipipimu sayang,
Kerna ibumu sentiasa mendoakan,
Kebahagiaanmu sentiasa jadi gengaman..

Aamiin..

Rabu, 17 Julai 2013

6 Rahsia Orang Berjaya


Apakah sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya dan berhemah tinggi? Mengapakah mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan sedangkan dalam masa yang sama orang lain terus dilanda masalah?

Jawapannya ialah bagaimana mereka melihat setiap masalah yang dihadapi. Mereka mengendali setiap masalah secara betul dan praktikal. Mereka juga memahami enam prinsip yang berhubungkait dengan jenis masalah.

Penulis yang menemui jawapan ini dalam buku "Tough Times Never Last, But Tough People Do" oleh Dr. Robert H. Schuller ingin berkongsi dengan semua pembaca iluvislam.com tentang bagaimana untuk menuju kejayaan. 6 petua ini dipetik daripada buku tersebut.

1. Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah
Apakah masalah anda? Anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah akan lenyap. Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah. Mereka mengeluh kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari kerja. Dan ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai.
Sesetengah  orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana terpaksa melapor diri kepada seorang ketua. Tetapi ramai ketua yang menghadapai masalah, sama ada dari segi perhubungan atau pun pengurusan kakitangan.
Jadi bagaimanakah keadaan dengan mereka yang berjaya? Adakah mereka terkecuali daripada menghadapi masalah? Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.

2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad
Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.
Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kamanusiaan yang menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju kemercu kejayaan secara perlahan-lahan.

3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif
Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun orang lain. Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain. Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang panasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis.
Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.

4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda
Sebagai contoh, kita kadang kala tersua dengan seorang jurujual yang berjaya. Tetapi bila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya.
Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru. Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya hingga ia diberhentikan kerja. Kerana marah disebabkan pemberhentian kerjanya, ia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa ia juga boleh berjaya dalam hidup.
Kini ia bersyukur kerana dibuang kerja kerana peristiwa itu membuat ia sangat marah hingga bertekad untuk terus berusaha hingga berjaya.

5.  Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah
Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda telah dapat mengawal masalah yang melanda diri sendiri.
Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda.

6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif
Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan. Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walaupun ia bukan satu perkara yang mudah.
Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus diambil? Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?
Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru.
Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang. Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil secara undang-undang dan terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah.
Pendek kata "Sekiranya anda tidak dapat selesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya".

Selasa, 16 Julai 2013

♡ DOKTOR .. OH!!! .. DOKTOR ♡

Harini dah 3 hari aku mengidap sakit perut yang teramat-amat sangat.... . (sakit perut pun nak cerita sama orang)... Ehehehhee.... Nak dijadikan cerita dengan berkat kerajinan aku, aku pun keluarlah untuk berjumpa dengan doktor kat Klinik Kesihatan Kerajaan tu.
Doktor pun tanya aku sakit ape... dan dengan bangganya aku pun berceritalah tentang sakit perut yang aku alami dari A sampailah ke Z... siap bangun2 lagi sambil tunjuk aksi kesakitan aku tu.. pastu doktor cakap.. nanti akak pegi ambik urine test ye. so aku pun pegilah ke makmal untuk mengurinkan diri... :P

Selepas beberapa minit result urine pun keluar dan aku tengok bersih je keputusan urine tu.. sume normal je... pastu aku serahkan result urine aku tu kat doktor tadi.. doktor kata.. "kak, bersih je urine akak ni... tapi macam mana boleh sakit ye." Loooorrr.. kalu la aku tahu macam mana aku leh sakit, takde lah aku jumpa dengan doktor untuk tahu aku sakit ape.. yang aku pegi spital tu sebab sakit perut.. bukan sakit kencing.. sudahnya doktor bekalkan aku ubat bersihkan kencing kotor katanya cuba minum dulu mana tahu boleh elok... aiiiihhh.. nampak gayanya memang tak boleh baik lah sakit perut aku kalu macam ni......

Isnin, 15 Julai 2013

Ramadhan oh Ramadhan...

Alhamdulillah harini dah 7 Ramadhan.. bermakna dah 7 hari aku berpuasa walaupun doktor cakap "u arr kena jaga perut, lagi 2 ke 3 tahun baru boleh puasa"... kikikikiki.... aku yang dengarnya pun nekad ler nak berpuasa jugak tahun ni.. sebab kalu aku ikut cakap doktor tu.. sape yang nak gantikan puasa aku tu nanti.. doktor tu ke.. ehehhehe.... apepun.. sebenarnya.. bulan puasa ni lah elok untuk jaga kesihatan perut yang bermasalah macam aku ni... dan Alhamdulillah... aku takde masalah pun nak puasa walau pagi2 aku muntah2.. petang sakit2 dada sebab asid dah naik ke perut... tapi semua tu kan dugaan dari Allah untuk menguji tahap keimanan seseorang seperti aku ni...

Cerita tentang puasa ni, aku sebenarnya dulu2 bukanlah baik sangat sampai penuh puasa sebulan.. tapi tahun ni aku memang nekad sangat nak berpuasa... seperti ada NUR yang mengalir dalam semangat aku ni.. aku harap NUR yang ALLAH bagi pada aku tu, aku manfaatkan untuk membuat amal soleh di bulan yang mulia ni... semoga ALLAH mendengar rintihan hambaNya yang serba hina ni... Aminnn...

Dalam Diam ...


BERFIKIRAN POSITIF KUNCI KEJAYAAN



Ingin tahu kunci kejayaan hidup? Berfikirlah positif. Ya, berfikiran positif dapat membuat anda maju dan berjaya. Dengan fikiran yang positif, anda dapat menjalani segala sesuatu tanpa dibebani oleh seribu fikiran buruk. Anda juga terhindar dari perasaan takut dengan kegagalan. Jalan di depan anda pun akan selalu terasa lapang.

Anda Ingin Tahu Bagaimana Langkah Berfikiran Positif Itu?

Bangkitkan Motivasi.
Membangkitkan motivasi diri yang kuat dan menambah wawasan yang memperkuat berfikiran positif merupakan langkah penting. Pengukuran kualitatif motivasi dapat dilakukan dengan memberikan pemisalan negative case jika suatu tujuan tidak tercapai. Misalnya, renungkanlah kemungkinan jika anda tidak diterima kerja? Dari jawapan anda, anda dapat memprediksi dan merasakan seberapa kuat motivasi anda untuk diterima kerja.

Yakinlah Boleh.
Kelemahan motivasi acapkali disebabkan oleh fikiran negatif tentang kemampuan diri sendiri, atau tentang mekanisme gerak kehidupan. Cubalah untuk membangkitkan konsep diri positif pada diri anda. "Jika saya berfikir bahawa saya boleh, maka saya boleh" Katakan setiap ingin melakukan apapun. Yakinkan bahawa anda boleh. Jika ketika ini gagal, berusahalah terus-menerus tanpa kenal lelah. Percayalah, usul dari dalam diri dapat membantu anda mempercepat mencapai proses yang anda harapkan.

Jangan Fatalistik.
Jauhkan fahaman fatalisme yang menyerah pada nasib. Ianya mempunyai pengaruh kuat dalam diri anda untuk membenarkan kegagalan. Menyandarkan kesalahan atau kelemahan pada takdir, yang manifestasinya seperti dalam kenyataan bahawa "Saya pada dasarnya bodoh" misalnya, merupakan sumber negative thinking yang signifikan. Anda harus memeranginya, jika idea tersebut ada pada diri anda.

Lihat Sisi Baik.
Pandanglah sesuatu dari sisi baiknya. Kerana berfikiran positif adalah memandang segala sesuatu dari sisi pandang kebaikannya. Orang yang berfikiran positif akan memandang keterbatasan kemampuannya pada suatu saat. Bukan sebagai suatu "kebodohan yang menimbulkan berbagai kecelakaan", tetapi memandangnya sebagai suatu cabaran yang amat nikmat untuk diatasi. Orang yang berfikiran positif akan memandang perjuangan dan harapan. Orang yang berfikiran positif akan memandang keterbatasan ekonominya sebagai suatu perantaraan untuk hidup sederhana. Dan dengan kesederhanaan ini ia akan mencapai kebahagiaan.

Berdikari Selalu.

Pertahankan kebebasan anda. Kebebasan adalah sesuatu yang paling bernilai yang dimiliki setiap orang. Kebebasan untuk berfikir, mencipta, akan tumbuh seperti yang anda harapkan, tentunya dengan cara yang positif. Ketika anda menjadi amat tergantung pada orang lain, anda akan berfikiran destruktif dan menjadi malas.

Tanamkan sikap tidak terlalu bergantung pada orang lain secepat mungkin. Bertanggungjawablah pada hidup dan tindakan yang anda lakukan. Sekali anda merasa mampu mengawal hidup, anda memulai perjalanan berfikiran positif anda.

Selalu ingat ketika anda sedang memiliki masalah dengan berfikiran positif."Anda adalah apa yang anda fikirkan, dan anda merasai apa yang anda inginkan" Dengan melakukan ini, anda akan selalu menjadi seorang juara dan seorang survivor ketika masa-masa sukar.

Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.

Mutiara Kata: "Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan"

Khamis, 2 Mei 2013

Kereta Aku Rosak Lagiiii.............(tension ke.. tak kot.. dugaan cuma)

Kenapalah kereta aku asik rosak je kebelakangan ni..........
memang kadang-kadang aku rasa macam nak tension je sebab dah banyak dah duit aku keluarkan sebab kereta kesayangan aku tu... tapi bila aku fikir.. fikir.. dan fikir... maybe semua ni adalah dugaan Allah swt kepada aku... aku redha je sebab nak tukar kereta baru aku bukannya ada kemampuan.... dengan gaji aku yang cipuut je tu cukup lah sekadar betahan 2 hari je selepas membayar segala hutang dan piutang dapatlah aku buat belanja cikit-cikit untuk keperluan anak-anak aku... selebihnya aku bergantung pada duit simpanan aku yang makin hari dah makin tinggal cikit tu...

Sabtu, 26 Januari 2013

Bicara Cinta



Dari Mata Turun Ke Hati, Dari Hati Cinta Bermula, Di Sini Bermula Segalanya, Kekalkan Sentuhan Bahagia.

Jumaat, 18 Januari 2013

Amalan Khusus Agar Disayangi



Sesungguhnya kasih kepada manusia dan diri sendiri tidak boleh melebihi kasih kepada Allah dan Rasul-Nya. Untuk memperolehi kasih manusia serta memperolehi kebahagian yang hakiki, perlulah dicari terlebih dahulu kasih Allah dan Rasul-Nya dengan membuat apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Seperti mana firman Allah yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku (Muhammad s.a.w), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Imran 3:31)
Berikut adalah amalannya, InsyaAllah dengan keizinan Allah Ta’ala:
Hendaklah membaca ayat berikut, kemudian hembuskan dikening orang yang kita sayangi(anak atau isteri). Niatkan dan doakan didalam hati moga Allah SWT mengurniakan kasih sayang-Nya kepada kita dan orang yang kita sayangi dengan keberkatan ayat Al-Quran ini.
“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa pada hari kiamat, bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya (nescaya mereka menyesal).”(Surah Al-Baqarah 2:165)
Amalkan insyaAllah semoga apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah Ta’ala, kerana ayat-ayat Allah ini adalah penawar, sesungguhnya sebaik-baik penawar kepada penyakit ialah ayat-ayat suci Al Quran. Sudah tentu juga, sebaik-baik penyembuh ialah Allah SWT.
Di dalam kitab Al-’Ilaj Bir-Ruqaa Min Al-Kitab Was-Sunnah, karangan said Ali Bin Wahf, menyatakan ijmak ulamak membenarkan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk perubatandan sebagainya, akan tetapi perlulah diyakini bahawa ayat-ayat Al-Quran yang digunakan tersebut tidak memberikan sebarang kesan zatnya sendiri. Bahkan Allah jualah yang memberi kesan ke atas sesuatu. Ayat yang di baca itu merupakan sebab dari sekian banyak sebab-sebab yang ditetapkan oleh Alah SWT.
Wallahu’alam….